KATA NAMA TERBITAN
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan). Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini
Contoh: imbuhan ‘an’ dalam ‘buaian’ - buai+an.
Contoh: imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ - ber+sukan.
Contoh: imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ - makan+an
Contoh: imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ - kembali+kan
Contoh: imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an
KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga, contoh seperti dibawah:
Diri pertama :saya, kami, kita, daku, beta, aku, patik
Diri kedua :anda, saudara, saudari, tuan hamba, awak, engkau, kamu,
Diri ketiga :ia, dia, beliau, mereka, baginda,
SEDIKIT PANDUAN PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI.
Elakkan penggunaan kata aku apabila bercakap dengan:
- Orang yang belum mesra dengan kita,
- Orang yang lebih tua dari kita.
- Orang yang perlu dihormati.
Kata kami bererti “saya dengan dia”. Orang yang kita ajak bercakap tidak disertakan.
Kata kita bererti “kamu dengan saya” atau “kamu dengan kami”. Orang yang kita ajak bercakap disertakan.
NAMA KHAS
Orang : Puan Julia, Dr.Danial, Cikgu Nurul, Inspektor Mohamad dan sebagainya.
Benda : Iswara, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, Hotel D'bayu dan sebagainya.
Tempat : Kota Marudu, Sabah, Kuala Lumpur, dan sebagainya.
Binatang : Si Tompok, Pak Belang, Sang Kancil, dan sebagainya.
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
PENGENALAN KATA NAMA DAN KATA NAMA AM
PENGENALAN KATA NAMA
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Huruf pertama pada kata nama am mestilah ditulis dengan huruf kecil, melainkan pada awal ayat.
Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
KATA NAMA AM
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya, secara umum berikut antara contoh yang boleh menjelaskan tentang kata nama am:
- Orang : ibu, ayah, polis, perempuan, lelaki.
- Haiwan : kuda, ayam, itik, buaya, harimau.
- Benda : telefon, televisyen, komputer, botol, kerusi, meja.
- Tempat : sekolah, stadium, jalan raya, pulau.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
- Contoh: imbuhan ‘an’ dalam ‘buaian’ - buai+an.
- Contoh: imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ - ber+sukan.
- Contoh: imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ - makan+an
- Contoh: imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ - kembali+kan
- Contoh: imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an
Huruf pertama pada kata nama am mestilah ditulis dengan huruf kecil, melainkan pada awal ayat.
7 ulasan:
Nota yang padat dan ringkas.
Boleh sebagai tambahan rujukan saya
Salam sejahtera Cikgu,
Bahan pemebelajaran yang disediakan amat sesuai sekali sebagai bahan pembelajaran murid. Tahniah cikgu.
Cikgu Mazni, terima kasih, kerana sudi singgah diblog ini.
Salam Cikgu Arif, ok terima kasih.
Cikgu Ganting, terima kasih banyak.
Salam, satu ruangan yang bagus dan memberi manfaat. Tahniah. Cikgu asani sudilah respon di blog saya.
pjjrd.blogspot.com ..T/kasih..
Catat Ulasan