KEFAHAMAN TAJUK:PENCEMARAN UDARA
PETIKAN BACAAN
BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT
TAJUK: PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarah atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan. Disamping itu, ia boleh mengakibatkan ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidupan. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem, serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. pencemaran udara sebenarnya akibat daripada sikap manusia itu sendiri. Selain itu, ia akibat pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
Namun begitu, semua pihak harus mencari inisiatif untuk mencegah masalah ini dari terus berterusan.
SOALAN KEFAHAMAN
Jawab ketiga-tiga soalan berdasarkan petikan.
2. Apakah kesan yang boleh berlaku hasil dari pencemaran udara?
3. Berikan contoh-contoh pencemar udara.
BERDASARKAN PETIKAN DIATAS SENARAIKAN EMPAT PENANDA WACANA YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
1.
2.
3.
4.
MEMBINA AYAT BERDASARKAN PETIKAN
Arahan: Anda dikehendaki membina lima ayat berdasarkan perkataan “Pencemaran”.
1.____________________________________________________
2.____________________________________________________
3.____________________________________________________
4.____________________________________________________
5.____________________________________________________
LATIHAN 2
LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT
PENJODOH BILANGAN
Arahan:Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan
penjodoh bilangan yang sesuai.
1) Cikgu Mariam memasukkan _________bunga ros ke dalam pasu bunga.
A serumpun C
sejambak
B seuntai D
seruas
2) Di tebing sungai itu ada__________buluh.
A serawan C
sepokok
B serumpun D
seruas
3) Ayah Maniam membeli beberapa________petai untuk dijadikan ulam.
A butir C
biji
B keping D
papan
4) Polis telah menemui tiga___________parang di dalam rumah pencuri itu.
A pucuk C
bilah
B keping D
bentuk
5) ____________bom dijumpai tertanam ditapak pembinaan sekolah
baru kami.
A Sebiji C
Sebutir
B Seketul D
Sebuah
6) Dalam sebiji buah cempedak ada berpuluh-puluh_________isinya.
A ruas C
biji
B ulas D
buku
7) Beberapa_________rantai purba telah dijumpai di tapak arkeologi
itu.
A utas C
buah
B bentuk D
rawan
8) Ibu memecahkan se___________telur untuk dimasukkan dalam adunan
biskut itu.
A ikat C
pasang
B buku D
biji
9) Ayah membeli tiga______________baju Melayu untuk abang dan adik
untuk menyambut hari lebaran
nanti.
A pasang C
kerat
B batang D kaki
10) Jacklyn memetik beberapa___________bunga ros untuk diberikan
kepada rakannya.
A kuntum C
karangan
B jambak D
biji
7 ulasan:
Satu petikan yang membina minda. Teruskan USAHA CIKGU.
Salam 1 Malaysia.
Satu usaha yang patut dicontohi sebagai seorang guru.
Tahniah...
Salam, Terima kasih Cikgu Rosdianah & Cikgu Sitti.
KATA NAMA
Latihan 1
Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.
1.Murid-murid berhimpun di _____________ semasa perhimpunan pagi Isnin.
2.Para _____________ yang dilantik oleh pihak sekolah dikehendaki berpakaian kemas dan bertali leher.
3.Cikgu Jaudi menggalakkan kami supaya membaca _____________.
4.Amirudin mendengar ______________ sambil berehat di ruang tamu.
5.Beberapa orang murid terpaksa dirawat di ________________ kerana sakit perut.
KATA NAMA
Latihan 2
1.Selepas pulang dari rumah kawannya, Ramle menonton ______________.
A. radio
B. komputer
C. televisyen
D. surat khabar
2.Kami sekeluarga sedang menjamu selera di ______________ sempena meraikan hari jadi adik.
A. kedai buku
B. restoran
C. sekolah
D. padang
3.Kucing kesayangan Benson diberi nama ______________ kerana bulunya berwarna putih dan hitam.
A. Si Tompok
B. National
C. Proton
D. Adidas
4.Murid-murid di sekolah itu berebut-rebut ketika menaiki _______________ sekolah.
A. basikal
B. kereta
C. bas
D. lori
5.Saya dan Siti bercadang untuk mencari buku rujukan Bahasa Inggeris di ____________ itu.
A. kedai buku
B. kedai runcit
C. taman bunga
D. taman permainan
Catat Ulasan